Posted by: hitamputihkelabu on: July 14, 2009
selalunya untuk membuat benda2 baik mesti ada ujian. kalau takda ujian maksudnya ada yang tak kena la.
tapi yang sedihnya pasal aku mak n ayah lak yang bergaduh.
aku pun tak tau nak wat camne. dalam aku membuat persiapan tunang ni dah dua kali aku mengalirkan air mata.
dua pilihan tempat yang aku ada. satu: bertunang kat umah abg mi, dua: bertunang kat pangkor.
aku amik keputusan bertunang kat pangkor demi menjaga hati mak dan ayah. sebelum ni diaorg terkilan bila zura buat majlis tunang kat umah abg mi. so, keputusan aku ni demi diaorg. walaupun apa yang aku nampak akan sedikit menyusahkan dan membebankan diaorg yang dah tua utk menguruskan benda2 ni. tapi aku taknak rungutan2 semasa majlis zura berulang di majlis aku.
demi memuaskan hati dan meringankan keja semua orang. aku buat keputusan untuk sediakan khemah je kat luar rumah dan buat hidangan dalam bentuk bufet. aku sanggup keluarkan belanja lebih. semuanya sebab nak semua orang bersenang lenang dan tidak terasa bebanan2 membuat keja2 berat. so tak payah nak buat hidangan dalam rumah, nak kena keluarkan pinggan byk2, nak basuh pinggan, nak kemas pinggan balik, nak angkat2 makanan dan sebagainya.
tapi disebabkan perkara ni mak dan ayah bergaduh. ayah nak buat style kampung. makan dalam rumah. xnak buat bufet. dah tak bercakap dua orang tu. sedih aku dengar berita ni. serba salah aku.
nak jaga hati sapa ni. aku pening. buntu. kitaorang yang anak pompuan ni xleh cakap banyak sangat. so aku biar je la. minta tolong abg mi yang selesaikan. mak ayah memang ikut je cakap abg mi. tak sangka benda macam ni jadi satu pergaduhan.
YA ALLAH.. aku mohon padamu permudahkanlan segala urusan aku ini.