RSS Feed

CHARLIE menyerang!!

Seminggu dua ni CHARLIE menyerang. Housemate n ofismate aku kena gigit ngan Charlie ni. Housemate aku kena kat lengan, ofismate plak kena kat kaki. Bisa sungguh Charlie ni. Aku pun penah kena gak. Masa tu aku belajar kat USM. lama dah.. CHARLIE ni bisa die sampai ade nanah n sakit sangat kalau kena. Dulu aku ngan bestfren aku panggil CHARLIE ni ‘tiger’ coz badan die belang-belang oren ngan hitam. Macam tiger.ni haa kat bawah ni gambo si charlie tu.

ni la ghopenya si Charlie

ni la ghopenya si Charlie

CHARLIE@ROVE BEETLE @ KUMBANG ROVE

Nama Am : Kumbang Rove

Nama Saintifik : Class : Insecta,Order : Coleoptera Famili : Staphylinidae

Spesies : Paederus fuscipes Curtis

Nama Tempatan : Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll.

Bilangan Spesies : Dianggarkan sekitar 47,000 spesies

Ramai yang tak tahu tentang bahaya dan kejamnya si Charlie ni. Ade yang kena kat muka..aduhh!! hilang kecomelan dan kemachoan. Tak kesian langsung kat kita si CHARLIE ni. ikut dan die je dan lepaskan bisa die tu..x patut…x patut. Bukannya ape, bisa si Charlie ni sampai boleh meninggalkan parut pada mangsanya…dia tak gigit pun, cuma lepaskan bisanya aje.

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.

scan0115

Banyak dah kes CHARLIE ni kat Penang. Agak2 korang la kat tempat lain ade ke Charlie ni. Setahu aku la CHARLIE ni kat Sawah atau padang tempat tinggal die..Kalau aku balik kampung kat Perak tak penah la terserempak ngan CHARLIE ni.

Charlie ni adalah serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Ade baiknya jugak si CHARLIE ni.Semasa hujan lebat atau banjir , Charlie ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.

About these ads

13 responses »

  1. gilela..tiger!tiger!bernanah!!!

    truk kan charlie name die
    rindunye time stadi dulu

    Reply
  2. smlm aku dh comment..tp xde plak

    tiger!!! ye,itu pggln kite ms kt usm dulu
    abis berbekas kt kulit,parut die sgt ssh nk ilang,bernanah n pedih

    rindu usm

    Reply
  3. salam, aku tgh cari pasal makhluk ciptaan tuhan ni, tjumpa plak.terkexut gk smpai 12 X bisa, klw simpan 8tahun pun bleh thn lg bisa dia.dasat sungguh!aku kena 2x skali kt leher (time kt teluk intan thun 2006)satu lg kt tgn (skang ni ar)huhu, buruk rupa..mujur xkena kt muka atau mata..isk, hati2 lah anda sebelum dikencingkan charlie yg se charlie chaplin ni,huh!

    Reply
  4. salam..terjumpa blog awak ni..saya pun kena gigit tp tempat sensored..huuh..kat penang mmg byk menatang ni.1st time jumpa masa kat matrix penang..wah..dan satu lagi binatang kaler hijau tu..aduh..pedih..

    Reply
  5. salam.. aku pun dah x tahan dengan chalie nii… abis anak 2 aku pun dah berparut.. ada yang kena d muka.. dah mcm lanun dah anak akuu.. apa yang nak buat bila kena chalie?? ada ubat x.. tension gila.. kesian kat baby je…

    Reply
  6. alongkechik5252

    huhhh..!!!
    betul tu…kesian kat baby tu..anak sedara aku tu…kalau kene kat muke habis laaa ruper nur kaseh yang cumill tu….
    last week aku kena kat tengah belakang….
    masyaallahh….teruk giler….aku ingat kan kena campak…tapi kat lain tak naik plak…kat belkang jewww…may be masa aku pakai baju tak check dulu….macam kene api la belakang aku….tension giler…nak baring pun tak leyyy…kulit aku melcur macam kena api….nak letak ubat aper pun tak tahu….pastu kakak aku ( marshita) cakap…ni mesti gara gara semut tonggek ( charlie )…hmmmmmm namer yang secocok dgn menatang tu… ( SEMUT TONGGEK )

    Reply
  7. alongkechik5252

    haaaa….
    korang tengok…semalam jew baru aku cakap…hari nih aku dah kena sekali lagi…bila masa yang dia landing kat belakang aku pun aku tak tahu…skunk blekang aku dah start jadi merah…dah mula rasa sakit n gatal gatall…”tapi ku tahan jebat…”…aku tak tahu la kali nih naik macam maner plak…adessss….
    frust arr macam nih…nak baring pun nyeksa dowh….

    baru jew semlam aku koment…ri nih dah kene plak…
    ” somebody call 911 “

    Reply
  8. x snggup aq trkna racun charlie ni..abes buruk tangan aq.tpi lbih truk dgn kgtalan yg aq alami.bekas dy smpi skrg x hilang2.

    Reply
  9. salam.. aku ni skang tgh digigit charlie. kat mata pulak tu.btol2 dekat ngn nyawa. aku x pegi kelas pun arini. mata aku bengak pastu ade nanah kat ujung gigitan die. aku baru je kena charlie mase raya thn lepas. parut pjg je n every dot of the bite tu ade nanah.. hodoh sgt rupa nye.aku pakai plaster nk tutop parut yg jelik tu. aku skang tgh stdy kat usm. kt cg ni mmg byk charlie. nt dah nak grad mst abes satu bdn aku kne ngn si charlie ni.huk99 sakit…

    Reply
  10. hahahhaa…aku baru je kene kat bawah mata..tengah search2 binatang ni kat google..jumpe lak blog ko ni…pedih wooo….da la kat mata..hahahhaa

    Reply
  11. pernah kena masa kat asrama..tp tak tahu sebab,,bila baca baru thu..anyway thanks for the informations.

    Reply
  12. diana n natural

    aku punye terkena di psp adusssssss

    Reply
  13. https://www.facebook.com/pages/Future-Light-Trading/167647966655545

    Innovative repellent light bug…. might be useful especially for charlie… check it out…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: