Posted by: hitamputihkelabu on: August 27, 2009
mR fiancEE puasa kat pelantar…uhuk..sadisnya aku. x dapat nak berbuka sama2. sejak tunang ni x jumpa pun lagi ngan mR fiancEE..rindu la plak…
Posted by: hitamputihkelabu on: August 7, 2009
Posted by: hitamputihkelabu on: July 29, 2009
peminangan bermaksud menyatakan keinginan berkahwin dengan perempuan yang berkenaan dengan memberitahu hasratnya itu kepadanya atau kepada walinya.
pertunangan adalah perjanjian untuk berkahwin…
ALLAH menggariskan agar pasangan yang mahu berkahwin saling mengenali dahulu sehingga pelaksanaan pernikahannya benar.
Posted by: hitamputihkelabu on: July 21, 2009
10 days left
Posted by: hitamputihkelabu on: July 14, 2009
selalunya untuk membuat benda2 baik mesti ada ujian. kalau takda ujian maksudnya ada yang tak kena la.
tapi yang sedihnya pasal aku mak n ayah lak yang bergaduh.
aku pun tak tau nak wat camne. dalam aku membuat persiapan tunang ni dah dua kali aku mengalirkan air mata.
dua pilihan tempat yang aku ada. satu: bertunang kat umah abg mi, dua: bertunang kat pangkor.
aku amik keputusan bertunang kat pangkor demi menjaga hati mak dan ayah. sebelum ni diaorg terkilan bila zura buat majlis tunang kat umah abg mi. so, keputusan aku ni demi diaorg. walaupun apa yang aku nampak akan sedikit menyusahkan dan membebankan diaorg yang dah tua utk menguruskan benda2 ni. tapi aku taknak rungutan2 semasa majlis zura berulang di majlis aku.
demi memuaskan hati dan meringankan keja semua orang. aku buat keputusan untuk sediakan khemah je kat luar rumah dan buat hidangan dalam bentuk bufet. aku sanggup keluarkan belanja lebih. semuanya sebab nak semua orang bersenang lenang dan tidak terasa bebanan2 membuat keja2 berat. so tak payah nak buat hidangan dalam rumah, nak kena keluarkan pinggan byk2, nak basuh pinggan, nak kemas pinggan balik, nak angkat2 makanan dan sebagainya.
tapi disebabkan perkara ni mak dan ayah bergaduh. ayah nak buat style kampung. makan dalam rumah. xnak buat bufet. dah tak bercakap dua orang tu. sedih aku dengar berita ni. serba salah aku.
nak jaga hati sapa ni. aku pening. buntu. kitaorang yang anak pompuan ni xleh cakap banyak sangat. so aku biar je la. minta tolong abg mi yang selesaikan. mak ayah memang ikut je cakap abg mi. tak sangka benda macam ni jadi satu pergaduhan.
YA ALLAH.. aku mohon padamu permudahkanlan segala urusan aku ini.
Posted by: hitamputihkelabu on: July 9, 2009
wahh..sooo cute.
semalam layan transformers ngan adik2 opis ni. ramai gilerr orang.
dah 2 minggu tayangan pun still full lagi.
sit yg dapat semalam pun tak best.
tak pa..yang penting dapat tengok jugak…
hehehe..layannnn
lepas ni nak layan ice age 3 plak.
huhu
bumblebee~cute
optimus prime~ suara macho
Posted by: hitamputihkelabu on: July 7, 2009
murah rezeki la hari ni. ada orang belanja durian. lepas je waktu opis kitaorang pun menuju le ke balik pulau (tempat durian yang tip top kat penang ni).
huhu…sedapnyerr. aku memang hantu durian.
pulak tu orang yang jual durian tu peramah orangnya. macam2 pasal durian die bercerita. aku ni memang suka tanya bukan2. dia pun ingat aku berminat nak tau pasal durian. seronok la die bercerita kat aku…heheh poyo je. sebab tu la aku tau jenis durian yang aku makan tadi. selama ni tak tau pun.
tadi makan durian spesies
puas aku makan durian tadi. thank a lot kepada orang yg belanja. nak tunggu aku beli sendiri..aku kedek..hehe
brader tu ade cite kat aku ade satu jenis durian yang dipanggil “ANG JIN”=hati merah…hihi durian ni baik untuk dalaman lelaki..tapi susah nak dapat. selalunya ada time musim durian yang dah hujung2. tapi buah die sikit jerr.xtau la aku kesahihannya. 1st time aku dgr. nak tau pi la cari buah tu…
Posted by: hitamputihkelabu on: July 6, 2009
Menghitung hari…detik demi detik…
~~lalala~
countdown….
uish, berdebar-debar..serba tak kena selagi tak selesai. x sabar pun ada.
x sangka masanya dah hampir tiba. macam tak pecaya pun ada gak.
YA ALLAH, permudahkanlah segalanya. Restui dan berkatilah hubungan ini….amin
Posted by: hitamputihkelabu on: June 28, 2009
dah lama aku tak pegang periuk, kuali dan sudip…pendek kata dah lama aku tak masak.
hari ni aku masak 2 resepi
aku ni dah la tak tahan bau daging.boleh muntah kalau aku siang daging. tp tu la kann orang kata demi orang yang kita sayang sanggup buat apa saja. malam semalam aku rebus daging dan carik2.ya ALLAH hanya engkau yang tahu camna aku menahan diri dari bau daging yang buat aku loya tuu..
Sabtu 5-6 ptg : rebus daging
Sabtu 10-12 tgh mlm : carik2 daging
Ahad 1-4 ptg: masak serunding sampai kering.
akhirnya siap jugak serunding aku. tak tau la sedap ke tak. sebenarnya aku tak suka serunding. so aku tak tau apa beza serunding sedap dengan serunding tak sedap. hehehe. tapi adik yang bg resepi kat aku tu dia kata sedap..haha..hentam aja la. harap “nu ye” suka..aku buat ni pun untuk “nu ye”. dia nak gi US.
RESEPI SERUNDING DAGING
bahan semua tadi kat atas tu gaul rata dan masak atas api perlahan. kacau dan masak sampai betul2 kering…
masak serunding ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi. nak carik2 daging sekati tuu (nasib baik aku buat sekati, kalau sekilo….??)..haiii sakit jari aku ni. pastu nak masak die sampai kering. lenguh berdiri lama2.
Resepi kedua aku PUDING JAGUNG
satukan semua bahan.masak atas api yang perlahan. sentiasa kacau sampai likat. angkat dan tuang dalam bekas then sejukkan dlm peti ais
Yang ni aku baru je siapkan tadi. Esok bebudak praktikal kat opis aku nak wat farewell party. ye la diaorg dah abis praktikal. so aku saja la masak puding jagung ni.
Harap sapa2 yang makan masakan aku ni suka la ek.
malam esok cadangnya nak masak Sambal Jambi Ikan Bilis plak. ni pun untuk “nu ye” jugak. ye la kan nak gi tempat yang susah nak dapat makanan halal. kena la bekalkan dia ngan menu2 yang sesuai. menu ni pun satu hal jugak. nak kena masak sampai kering..
P/S: aduhh..aku sebenarnya nak tunjuk hasil usaha aku. xleh nak upload gambo la plak. dekat sejam dah tunggu. x boleh2 lagi.. fed up la.
Posted by: hitamputihkelabu on: June 24, 2009
sabar je la….tahap kesabaran kini infiniti…dah byk sangat bersabar
teruskan…yakin dengan keputusan yang aku buat
usaha….bagi “nu ye” jatuh cinta dan sayang aku melebihi aku sayang dia
jauhkanlah…. gangguan-gangguan kenangan silam “nu ye” yang akan menjejaskan hubungan kami
tawakkal…ya ALLAH, condongkanlah hatinya untuk menyintai dan menyayangi aku
teruji…allah memberi ujian kepada hamba NYA yang layak dan mampu menghadapi ujian tersebut. aku…insan terpilih itu untuk menghadapi ujian ini. insyaallah akan aku tempuhinya dengan redha.